suria

Kedai tak laku, peniaga ini tak duduk diam sanggup jalan kaki sekitar KL ‘promote’ burger

INISIATIF yang dilakukan oleh peniaga dikenali sebagai Aisy menjual burger secara bergerak ini berjaya mengubah kehidupannya.

Kata Aisy, jika dahulu hanya mempunyai satu atau dua pelanggan sahaja yang datang di gerai, namun kini dia mampu menghasilkan dan menjual sehingga 200 biji burger.

“Konsep saya ialah tarik pelanggan untuk pergi ke kedai. Kedai saya tiada orang datang. Jadi saya bawa burger untuk orang beli secara terus dan kalau mahu beli semula boleh pergi ke kedai. Sudah dua tahun saya buat inisiatif ini.

“Kalau sebelum ini saya berjalan-jalan dapat menjual 80 biji burger. Apabila sudah viral, kini boleh mencecah lebih 200 burger sehari. Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.

Aisy menambah, dia yang pada awalnya berseorang diri melakukan semua kerja kini sudah mampu membayar individu untuk bekerja dengannya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi