suria

Terima mesej lucah, Siti Jamumall pelik dah pakai tudung pun masih kena kacau lelaki miang

USAHAWAN sensasi Siti Jamumall mendedahkan dia menerima gangguan pelik dan mesej berbaur lucah oleh golongan lelaki tidak dikenalinya di media sosial baru-baru ini.

Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 34, berkata dia tak menyangka menerima mesej sedemikian memandangan kini dia sudah berhijab dan tambahan pula dalam bulan Ramadan.

“Ingatkan orang yang seksi akan terima mesej macam ini, kalau dulu saya tidak bertudung jadi ada orang mesej pelik-pelik... tapi ni sudah berhijab pun ada juga yang mesej.

“Saya nak cakap pun mesej tu tambahan pula sekarang ni bulan puasa, ingatkan syaitan dah kena ikat tapi ada lagi rupanya.

“Otak orang jadi tak boleh nak halang imaginasi dia cuma boleh cegah dengan cara kita berpakaian saja dan tolong la henti buat perkara yang memalukan kaum wanita,” kata Siti Jamumall.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi