suria

Media sosial bukan alam nyata, zikir senjata Asma' Harun hadap kecaman

KECAMAN hebat netizen di media sosial tidak memberi sebarang kesan kepada pendakwah Asma' Harun.

Asma', 40, sebaliknya lebih gemar mendiamkan diri daripada mempertahankan diri selain mengamalkan zikir sebagai 'ubat' menenangkan jiwa.

Jelasnya, kebanyakan hanya berani menulis di media sosial tetapi tidak secara lisan kerana di luar media sosial mereka adalah orang yang baik.

"Alam media sosial ini tidak nyata, bukan realiti. Nak cakap 'fake' tak boleh juga sebab ramai orang jujur di media sosial.

"Jadi saya fikir lebih baik berlapang dada. Kecaman adalah lumrah yang perlu dilalui oleh orang dikenali atau berpengaruh.

"Saya lebih suka mendiamkan diri dan paling penting jangan terlalu berfikir tentangnya kerana nanti akan dirasuk perasaan 'overthinking'.

"Lebih baik banyak berzikir sebab banyak berfikir akan tambah tekanan, banyak berzikir pula akan buka jalan (penyelesaian)," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi