suria

Jaga hati isteri, Mamat Got No Chill elak buat ‘content’ dengan perempuan lain... “Dia bukan jenis larang pun”

SELEPAS mendirikan rumahtangga pada Disember tahun lalu, TikToker dikenali sebagai Mamat Got No Chill mengakui kehidupannya kini berbeza malah lebih teratur berbanding dahulu.

Menurut Mamat, 27, buat masa ini dia dan isterinya iaitu Hanna Sahar, 29, lebih kerap menghasilkan content bersama atas permintaan ramai pengikut.

“Alhamdulilah kehidupan berjalan dengan lancar sekarang ni masih lagi buat kerja freelance, rezeki kahwin tu memang ada dan selalu masuk saja cuma sekarang ni kena fikir ke depan lagi perancangan tu.

“Beza memang banyak sangat kehidupan sekarang ini sebab makin teratur dah tak macam dulu semuanya bersepah saja tapi sekarang okay sebab isteri boleh terima kehidupan saya.

“Sekarang ni memang buat content dengan isteri sebab dia suka masak jadi akan buat content malah kalau ada mana-mana event pun memang saya bawa dia,” kata Mamat kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi