suria

Sudah bergelar TikToker berjaya, Auntie Purple bakal lancar buku kongsi pengalaman hidup

SERING memuat naik content sama, personaliti media sosial Auntie Purple menerima kritikan netizen yang mahu dia mencuba sesuatu yang baharu.

Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, 45, berkata demi memuaskan hati semua pihak dia akan menyahut cabaran dengan melakukan perubahan dalam content video supaya kekal relevan.

“Susah nak puaskan hati semua pihak jadi saya tak kisah dan masih teruskan membuat content seperti biasa cumanya saya akan pelbagaikan dengan content yang lain seperti memasak.

“Tapi berhenti jadi TikToker itu memang tidaklah.

“Jujurnya saya masih lagi terima kata-kata negatif sebab netizen di TikTok ini ada pelbagai generasi.

“Komennya tidak sama macam dulu, cabarannya untuk tahun ini makin kuat, jadi selain komen negatif, saya juga kena belajar untuk jadi seorang yang tabah serta kentalkan diri hadap netizen ni,” kata Auntie Purple kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Auntie Purple bakal melancarkan buku berkongsi mengenai pengalaman hidupnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi