suria

Netizen doa supaya dilaknat, usahawan tampil perjelas tindakan melawat Al Ula

TERUK usahawan dikenali sebagai Nini Comel dihentam netizen gara-gara berkongsi hantaran di TikTok mengenai kunjungannya ke Al Ula di Arab Saudi.

Nini menjelaskan dia singgah ke kawasan berkenaan secara kebetulan selepas terlibat dalam misi bantuan di Yaman yang kebetulan berdekatan dengan Al Ula.

“Tujuan asalnya adalah kami ingin pergi ke Yaman untuk beri sumbangan. Sebelum kita pergi Yaman, kita buat umrah dulu di Tanah Suci.

“Jadi kalau nak ziarah memang boleh. Dalam dua jam perjalanan untuk ziarah balik hari. Ustaz yang bawa perjalanan tersebut.

“Bukan hanya Al Ula, saya ada pergi tempat lain untuk belajar sejarah agama dan tak masuk kawasan larangan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi