suria

Terima banyak hadiah motosikal, Derrick Gan rancang serah kepada golongan lebih memerlukan

KISAH penyokong Harimau Malaysia iaitu Derrick Gan yang tular ketika menonton perlawanan bola sepak Piala Asia di Qatar pada 25 Januari lalu menjadi inspirasi ramai orang.

Bukan sekadar sanggup menjual motosikal kesayangan miliknya demi menyaksikan pasukan Malaysia menentang Korea Selatan tetapi ramai kagum dengan semangat kesukanan dan cinta negara ditunjukkan Derrick.

Tidak menyangka kisahnya tular, Derrick bersyukur apabila ramai pihak tampil mahu menghadiahkan motosikal baharu buatnya sebagai tanda menghargai semangat ditunjukkan.

Bagaimanapun jelas Derrick, dia tidak berniat mengambil kesemua hadiah untuk diri sendiri sebaliknya mahu menghadiahkan motosikal diterima kepada pihak lebih memerlukan.

"Salah satu ideanya menghadiahkan motosikal kepada golongan memerlukan.

"Saya akan berbincang dengan pihak menawarkan motosikal kepada saya dan akan lakukan sesuatu," katanya ketika ditemui mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi