suria

Malu kena ‘reject’ bawa Myvi, pemuda ada Mercedes trauma nak kenal perempuan... “Dia kata jatuh maruah”

HANYA kerana membawa kereta Perodua Myvi, niat seorang pemuda dikenali sebagai Afeeq Arfan untuk keluar makan bersama seorang wanita terbantut.

Menurut pemuda berusia 21 tahun itu, perempuan tersebut berasa malu untuk menaiki kenderaan berkenaan yang dianggap menjatuhkan maruahnya.

“Mula-mula saya pilih untuk naik kereta Mercedes, tapi disebabkan dugaan tayar bocor, saya bawa Myvi untuk ambil dia. Awalnya sangat teruja untuk keluar dengan dia.

“Bila dia jumpa saya bawa Myvi, dia kata ini bukan citarasa dia dan dia kata Myvi jatuhkan maruah sebagai seorang wanita. Lepas itu dia suruh saya cari perempuan lain dan tutup pintu dengan kuat (hempas),” katanya kepada mStar.

Gara-gara kejadian itu, Afeeq berasa trauma dan memilih untuk lebih berhati-hati mencari teman hidupnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi