suria

Suami setia masih wujud! Lelaki ini tabah jaga isteri sakit, berusaha tunai impian miliki rumah sendiri

BESARNYA pengorbanan dan kesetiaan seorang suami!

Meskipun isteri diduga sedang berdepan jangkitan kuman pada bahagian otak atau Tibi Meningitis, lelaki bernama Asdina Ariffin ini tetap reda berdepan ujian tersebut.

Kata Asdina, 32, isterinya iaitu Noor Syamimi Rohim banyak mengajarnya untuk sentiasa meletakkan kepercayaan kepada Allah dalam mengharungi kehidupan penuh berliku.

Menurut Asdina, meskipun isteri kurang sihat, namun dia tetap bersemangat ingin menunaikan impian Syamimi yang mahu memiliki kediaman sendiri satu hari nanti.

“Untuk saya kotakan benda itu (rumah) sebenarnya saya pun tak tahu saya boleh atau tidak, andai kata boleh sekalipun mungkin Syamimi dah tak boleh melihat dan hanya boleh merasai sahaja.

“Tapi saya tetap berusaha dan itu sebenarnya antara perkara yang saya simpan selama ini... saya tak pernah cerita dekat sesiapa.

“Itu adalah benda yang Syamimi nak dalam kehidupan dia sepanjang bernikah dengan saya,” katanya kupada mStar.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi