suria

Bekas menantu Zainal Abidin diserang sekumpulan lelaki ketika sedang makan, tergamak tarik anak dalam dakapan

UJIAN demi ujian terpaksa dilalui bekas menantu jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia pada tahun 2023.

Terbaharu Sofia atau Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, mendakwa dia diserang sekumpulan lelaki ketika sedang makan malam bersama seorang bongsunya yang berusia dua tahun di sebuah restoran di Petaling Jaya.

Kata Sofia, dia mengenali dua individu menyerangnya namun enggan mendedahkan identiti mereka susulan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Ketika saya sedang makan bersama anak, saya diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali, selepas itu saya terus bawa anak saya masuk ke dalam kedai makan itu.

“Tangan saya dan anak ditarik oleh tiga individu, hanya dua orang saya kenal tapi saya tak mahu dedahkan siapa kerana sedang dalam siasatan polis.

“Sekarang ini saya hanya mahukan keadilan disebabkan kenapa kerana saya tak tahu apa motif mereka nak rampas anak saya sedangkan saya ibu kandung yang sah,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, bekas suami Sofia iaitu Zaiza Zainal Abidin didakwa mencederakan Sofia namun dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor.

Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga pada Januari 2016 dan disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi