suria

Sudah sebulan bercerai dengan adik Iqbal Zulkefli, usahawan muda ini dah siap ’secure’ harta sebelum berpisah

USAHAWAN Anes Ayunie mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan suaminya iaitu Ahmad Weldan Zulkefli pada November lalu.

Kata Ayunie atau Anes Ayunie Osman, 21, dia mengumumkan status penceraian di Instagram bukanlah untuk berbangga tetapi bertujuan untuk mengelakkan fitnah.

“Dah sebulan sah dan dekat mahkamah pun sudah disahkan.

“Saya jelaskan dekat Instagram saya dah pun bercerai dan bukannya mahu berbangga tapi sebab saya nak elakkan beberapa fitnah.

“Sebenarnya rumah tangga tu dah bergoyang tapi kami cuba perbaiki sehinggalah bulan November saya letak kata noktah kerana sudah tidak mampu bertahan,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Februari 2021 dan dikurniakan neorang cahaya mata bernama Aurellea Maryam berusia 1 tahun.

Ahmad Weldan merupakan adik kepada usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zukefli.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi