suria

TikToker Faiz Aizif menitis air mata dapat masuk Raudah 4 kali, paling sebak momen botakkan kepala

PERSONALITI media sosial Faiz Aizif bersyukur apabila impiannya untuk mengerjakan ibadah umrah tercapai pada usia masih muda.

Kata Faiz atau Muhammad Faiz Basirun, 21, momen yang tidak dapat dilupakan apabila mampu masuk ke Raudah sebanyak empat kali.

“Momen tidak boleh lupa saya masuk ke Raudah sebanyak empat kali, selalunya orang tunaikan umrah masuk ke Raudah sekali sahaja melalui aplikasi Nusuk.

“Tapi Alhamdulillah saya diizinkan oleh Allah... yang paling seronok saya masuk tu tanpa dihalau keluar oleh penjaga Raudah.

“Pernah kali kedua saya masuk situ duduk sangat lama iaitu lebih sejam, itulah momen yang saya tak boleh lupa,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi