suria

Shermine berbaik dengan View Chin sebab anak, tapi tak pernah borak hal peribadi... Hati belum terbuka terima lelaki lain

SELEPAS lapan bulan bercerai, personaliti media sosial Shermine Hau Ah Moi berkata dia masih belum terfikir untuk mencari jodoh baharu.

Mengaku sudah ‘move on’ mengenang kisah perpisahan dengan bekas suami iaitu View Chin, Shermine atau nama sebenarnya Hau Shi Ni, 32, berkata dia kini mahu memberikan fokus kepada perniagaan.

“Sebenarnya saya pun tiada masa nak pergi berkenalan dengan lelaki lain.

“Ada minat juga tapi untuk saya sekarang hanya mahu fokus pada kerjaya dan perniagaan saya, untuk hubungan istimewa selepas itu baru fikir.

“Kena tunggu orang yang betul-betul hargai dan sayang saya muncul, sekarang belum muncul,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Shermine memberitahu ada berjumpa dengan bekas suaminya dan menyambut perayaan Hari Natal bersama.

Ditanya status terkini View Chin, Shermine berkata dia tidak mengetahui sama ada bekas suaminya itu sudah berkahwin atau belum.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi