suria

Depresi selepas cerai, adik Iqbal Zulkefli berusaha pujuk bekas isteri untuk kembali bersama... “Bukan sebab harta, fikir anak”

USAHAWAN Ahmad Weldan Zulkefli mengakui dia yang bersalah dan menjadi punca rumah tangga berakhir dengan penceraian.

Menginsafi diri, Weldan, 21, berkata dia mahu kembali rujuk dengan bekas isterinya yang juga ahli perniagaan iaitu Anes Ayunie.

“Punca cerai tu privasi, cuma bila saya lihat dan baca komen di media sosial memang betul saya yang salah.

“Saya mengaku saya salah dan saya harapkan saya boleh rujuk dengan bekas isteri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Weldan yang juga adik kepada usahawan sensasi Iqbal Zulkefli berkata, dia terpaksa mengambil ubat penenang atas nasihat doktor kerana alami depresi selepas bercerai sebulan lalu.

“Tipulah tak sedih sampai saya kena makan ubat penenang... saya pergi ke klinik pakar untuk jumpa kaunseling sebab saya depresi,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan ini telah bercerai pada 23 November lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi