PERSONALITI media sosial Meonsticker tidak ambil hati dengan kecaman netizen terhadap tubuh badannya lebih-lebih lagi di bahagian ketiak.
Jelas Meon atak Mohd Suhaimie Ramli, 38, sejak awal dia sudah bersedia untuk dikecam dan niatnya hanya satu iaitu agar masyarakat tidak meniru aksi yang dilakukan.
“Terus terang saya memang dah sedia untuk terima kecaman, bermakna saya kena terima apa sahaja impak atau kesan daripada video yang saya lakukan.
“Sebenarnya ketiak hitam itu menjadi satu simbolik yang agak menjijikkan sehingga masyarakat fikir kenapa saya buat macam itu.
“Jadi daripada video saya buat itu, mak ayah di luar sana akan nasihat anak mereka supaya tidak ikut aksi saya sebab tak baik,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI