suria

Usahawan tuntut TikToker popular pulangkan semula duit, emosi terganggu sampai marah anak

USAHAWAN Atiqah menuntut kembali wang sebanyak RM10,000 daripada seorang TikToker popular kerana tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan.

Kata Atiqah, TikToker itu bersetuju untuk menjalinkan kerjasama mempromosikan produk keluarannya namun ia tidak seperti dijanjikan.

Lebih membuatkan Atiqah kecewa apabila pihaknya pula menerima satu saman difailkan individu berkenaan yang memintanya untuk membayar sebanyak RM300,000 kerana didakwa telah memalukan influencer berkenaan.

Gara-gara konflik itu, Atiqah berkata dia mengalami gangguan emosi sehingga kehidupan hariannya terjejas.

“Saya nak pertahankan apa yang saya patut dapat balik.

“Kes ini memberi kesan kepada saya sebagai seorang ibu yang baru lepas habis pantang. Saya melepaskan emosi kepada anak sulung,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi