suria

Puasa pun belum lagi tapi pasangan ini dah siap 30 pasang baju raya untuk keluarga

BELUM lagi tiba Ramadan, namun usahawan Syed Muhammad Syah Hasif memberitahu dia sudah membuat persiapan menjelang hari raya Aidilfitri pada April ini.

Menurut Syed, 32, dia sudah menyediakan sebanyak 30 pasang busana buat isteri dan anak-anak untuk diperagakan sepanjang sebulan perayaan itu.

“Dah siap dah, 30 hari, 30 baju. Tidak ulang. Alhamdulillah Allah bagi rezeki sikit.

“Raya sekali sahaja dalam masa setahun, masa yang sesuai untuk melaram adalah hari raya kan. Hari raya pertama tu nantikan, baju ada lain macam sikit,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syed memberitahu perkongsian cerita mengenai dirinya disihir sebelum ini bukanlah gimik untuk menaikkan nama, sebaliknya ia merupakan kisah benar.

Usahawan itu turut mendedahkan dia pernah menderita akibat santau sehingga menyebabkan tidak dapat berjalan selama dua bulan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi