suria

Ramai tunggu jatuh tapi syukur rezeki Abang Tesla mencurah-curah... Terima banyak DM mahu jadi isteri ketiga

USAHAWAN dan personaliti media sosial dikenali sebagai Abang Tesla mendedahkan dia menerima banyak mesej yang menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga.

Abang Tesla atau nama penuhnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, bagaimanapun berkata, dia memilih untuk tidak melayan mesej tersebut dan menganggap ia sebagai gurauan dan juga perangkap untuk menjatuhkan dirinya.

“Itu semestinya ada (mesej untuk jadi isteri ketiga), tidak dinafikan. Tapi saya anggap ia sebagai gurauan dan perangkap.

“Seperti kita tahu, kalau benda senang datang ini (mesej tawar menjadi isteri) dia sama ada perangkap ataupun orang itu mahukan duit,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Khal juga memberitahu rezekinya dan keluarga melimpah ruah meskipun menerima kecaman hebat sebelum ini.

“Sebelum ini masa viral, orang nak saya jatuh, terduduk. Alhamdulillah sekarang rezeki saya semakin bertambah dan juga rezeki isteri bertambah. Apa yang netizen mahukan (jatuh) tidak terkena kepada saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi