suria

Rakan geli jalan sekali sebab wajah berjerawat, wanita ini berhabis RM10,000 beli produk tapi tiada hasil

GARA-GARA masalah jerawat yang dihadapi, seorang wanita dikenali sebagai Nazihah Ismail berdepan pelbagai peristiwa memalukan termasuk ejekan daripada rakan sendiri.

Menceritakan pengalaman buruk itu, Nazihah, 25, berkata, salah seorang rakan sekerjanya pernah secara terang-terangan memberitahu berasa geli dan malu berjalan dengannya kerana wajahnya dipenuhi jerawat.

"Saya dengan kawan hendak pergi makan... Ketika sedang berjalan dia kata keadaan wajah saya teruk.

"Dia suruh pakai solekan selain minta saya tidak berjalan seiringan dengannya sebab berasa geli dengan keadaan muka saya," katanya kepada mStar.

Sedar dengan masalah dihadapi, Nazihah memberitahu sudah menghabiskan wang hampir RM10,000 bagi membeli produk selain membuat rawatan wajah namun tetap tidak berhasil.

"Kalau hendak diikutkan sudah pelbagai macam cara saya lakukan untuk merawat wajah termasuk berbekam selain berjumpa pakar kulit namun tiada satu pun berhasil," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi