suria

Tun Laila dah ‘explain’ di mStar! Kongsi isu semasa tapi jadi bahan jenaka, sedih sampai digelar kafir

NAMA menjadi sebutan selepas membuat penjelasan berhubung satu isu panas di aplikasi TikTok, peguam dan personaliti media sosial dikenali sebagai Tun Laila mengakui rimas dan berharap supaya perkara tersebut dapat diberhentikan.

Selain komen sindiran, Laila atau nama sebenarnya Tun Laila Tun Rafaee, 26, berkata dia juga menerima pelbagai komen dan kritikan melampau gara-gara perkongsian itu.

Tampil menjelaskan mengenai perkongsiannya itu, Laila berkata tujuannya memberikan penjelasan berkaitan kes membabitkan peguam iaitu Nik Elin yang mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah untuk memberikan lebih pemahaman kepada orang ramai.

“Ini tidak bagus kerana awak meninggalkan komen kepada video-video yang tidak ada kaitan dengan saya. Pada video orang kemalangan dan sebagainya... Sepatutnya ada la sedikit empati,” katanya kepada mStar.

Tun Laila turut mendedahkan, dia juga diserang orang beberapa individu yang menggelarnya sebagai seorang yang kafir selepas video tersebut mendapat perhatian ramai.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi