suria

Siti Jamumall dah jumpa pengganti, masih trauma kembali berumah tangga

USAHAWAN sensasi iaitu Siti Jamumall mendedahkan dia masih trauma dan lebih berhati-hati sebelum kembali hidup berumah tangga.

Bagaimanapun Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 34, bagaimanapun berkata, dia kini sudah menemui seorang lelaki yang mampu dijadikan teman hidupnya.

“Kita sebagai seorang ibu tunggal ini kalau nak cari pengganti, trauma yang dihadapi sebelum ini adalah benda yang paling takut sebenarnya. Trauma saya masih ada.

“Tapi akan ada lelaki yang boleh selesaikan masalah dan boleh beri selesa dekat saya. Setakat ini kami (saya dan teman lelaki) ada karakter yang sepadan.

“Insya-Allah setakat sekarang dah lebih setahun kami berkawan dan sekarang lebih serius. Insya-Allah akan bawa ke lebih serius,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Siti juga mendedahkan bekas suaminya sudah bertemu jodoh dengan pasangan pilihan selepas tiga bulan bercerai dengannya.

“Saya baru dapat tahu yang bekas suami dah berkahwin selepas penceraian itu. Tuduhan netizen kata saya bercerai mugkin ada orang lain itu tidak betul,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi