suria

Guru wanita minta maaf tapi tak cukup kriteria, Zack Kirana beri tempoh sampai tengah malam atau berdepan saman

GURU dan pempengaruh media sosial iaitu Cikgu Zack Kirana memberi tempoh sehingga tengah malam Isnin kepada seorang guru wanita membuat permohonan maaf susulan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya di media sosial.

Zack atau Saliza Ibrahim, 37, berkata, individu berkenaan sebelum ini ada membuat permohonan maaf namun kenyataan dibuat tidak menepati kriteria ditetapkan selain dilihat tidak ikhlas dalam menyatakan kekesalan.

Manakala seorang lagi individu yang turut memfitnahnya sudah pun membuat permohonan maaf seperti ditetapkan.

"Guru wanita itu sudah membuat permohonan maaf tetapi tidak cukup ciri yang saya perlukan iaitu tidak menunjukkan pengakuan dan rasa bersalah.

"Saya lihat status yang dibuat lebih kepada rasa kesal dan permohonan maaf itu pun secara umum dan tidak menyatakan dia telah memfitnah saya," katanya kepada mStar.

Tambah Zack, sekiranya individu berkenaan gagal berbuat demikian dia teka mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi