suria

Sering kongsi isu Palestin, ada pengikut minta peluk Islam... Influencer Abe Wee sabar baca komen sensitif

SERING berkongsi video mengenai Palestin di media sosial, personaliti media sosial berbangsa Cina iaitu Abe Wee memberitahu ada segelintir netizen memintanya memeluk agama Islam.

Menerima komen itu dengan hati terbuka, Wee atau Wee Chuan Chin, bagaimanapun berkata perkara itu terlalu sensiti untuk diulas.

“Ada segelintir netizen mesej saya minta peluk Islam, itu okay lagi tapi ada yang tak sopan apabila ada mesej minta satu keluarga saya untuk memeluk agama Islam.

“Bagi saya ini isu sensitif, lagipun kita kan negara berbilang bangsa dan agama jadi saya harap kita dapat menghormati agama lain juga.

“Malah Mek Yun (kakak) pun dapat mesej yang sama seperti ini, mungkin sebab selalu buat content mengenai Islam tu menyebabkan mereka selesa untuk mesej macam tu,” kata Abe Wee kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi