suria

Zaquan Adha menangis bukan kerana tak sambung kontrak, tapi ada sebab lain!

SUAMI pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha menjelaskan dia menangis dalam video tular sebelum ini bukanlah disebabkan berita penamatan kontrak, sebaliknya tergores hati dengan perkataan bersara yang digunakan.

Kata bekas kapten Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan atau Zaquan Adha Abdul Radzak, 37, berkata dia bukannya tidak boleh menerima hakikat itu namun kecewa apabila jasanya kepada pasukan seperti tidak dihargai.

“Mungkin ada orang tidak faham saya menangis bukan kerana tak sambung kontrak tapi sebab perkataan 'bersara', perkataan paling sedih buat semua pemain bola sepak sebab sukan ini adalah jiwa saya.

“Kecewa tu memang pasti tak boleh tipu jadi saya buat keputusan untuk berehat sekejap untuk hilangkan rasa kecewa itu tapi apa pun bola sepak tetap dalam hati saya,” kata Zaquan kepada mStar.

Dalam pada itu Zaquan memberitahu meskipun ada pasukan lain menawarkannya kontrak baharu namun hatinya masih terbuka untuk kembali beraksi di padang sebaliknya fokusnya kini ingin membantu isteri meniaga.

“Ada juga pasukan lain yang tawarkan saya kembali beraksi tapi saya perlu fikirkan masa depan jadi mungkin perlu buka lembaran baru sebagai jurulatih atau sebagai usahawan tapi yang paling penting nak tenang daripada dunia bola sepak, cuma sekarang nak bantu isteri meniaga,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi