suria

Jatuh pengsan di majlis sambutan Ramadan, Haliza Maysuri dedah 20 tahun kena buatan orang... Alami pelbagai kejadian misteri

USAHAWAN tudung Haliza Maysuri mendedahkan dia sebenarnya sudah 20 tahun menderita angkara sihir dan buatan orang

Cerita Haliza, dia sering berasa sakit atau mudah jatuh pengsan apabila sedang melakukan pekerjaan terutamanya semasa berada di butiknya.

“Saya kena sakit atau ujian yang saya alami ini bukan setahun dua. Ia sejak 2004 lagi. Sudah 20 tahun. Saya akan sakit atau pengsan bila saya bekerja atau berada di tempat yang saya cari rezeki.

“Saya tidak boleh bekerja atau masuk bangunan tempat saya cari rezeki,” katanya kepada mStar.

Tambah Haliza, terdapat pelbagai kejadian pelik yang dihadapinya antaranya bermimpi dikejar haiwan buas, sering pengsan dan juga mengalami kembung perut melampau.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi