suria

Bapa Fattah Anas masih trauma kembali ke media sosial, cerita pengalaman kena kacau semasa solat

TRAUMA akibat buatan orang menyebabkan bapa kepada influencer cilik iaitu Fattah Anas memilih untuk berehat seketika daripada media sosial.

Cerita Mohamad Firdaus, sepanjang tempoh itu dia mengalami gangguan sehingga membuatkannya berdepan kecelaruan dan tekanan.

“Macam orang gila, tertekan dan rasa nak bunuh diri.

“Jadi punca jual akaun adalah disebabkan fikiran bercelaru menyebabkan saya buat keputusan tanpa arah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Firdaus berkata keadaan keluarga yang semakin baik, namun dia memilih untuk berhati-hati dalam berkongsi aktiviti harian media sosialnya.

Jelas Firdaus lagi, tindakannya kembali memuat naik video di sosial media bertujuan membantu rakan perniagaanya dan tidak berhasrat untuk kembali menjadi ‘content creator’ sepenuhnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi