suria

Ramai terhibur tengok gelagat comel Bang Aji, bapa tiada niat mahu anak popular… Rezeki Ramadan penuh ‘job’ reviu

SELEPAS video gelagat spontan dan aksi comelnya tular di media sosial, influencer cilik bernama Aniq atau lebih dikenali Bang Aji semakin terkenal dan menjadi bualan netizen.

Menurut bapanya iaitu Wan, setiap hari anaknya itu menerima tawaran reviu produk dan tidak menyangka dimurahkan rezeki itu.

“Pergi mana pun orang akan tetap tegur dan kenal dia walaupun lima bulan saja aktif di TikTok, tiada niat nak popularkan dia, hanya sekadar suka-suka saja.

“Bulan puasa ni memang dia sibuk jadual padat boleh dikatakan sepanjang Ramadan dan hari-hari ada kerja,” kata Wan kepada mStar.

Dalam pada itu, Wan menepis dakwaan setengah pihak yang melemparkan tuduhan kepadanya kerana dikatakan sengaja mempergunakan anaknya itu demi mengaut keuntungan.

“Abai saja apa orang nak katakan tu lagipun job ni sekadar suka-suka saja untuk buat beli mainan dia, kami pun tak paksa sangat,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi