suria

Rumah tangga musnah sebab kifarah, bekas isteri Safee Sali anggap ladang pahala

SELEPAS lebih sebulan tidak dapat berjumpa dengan dua anaknya, bekas isteri Safee Sali kini hanya mampu memanjatkan doa agar pemain bola sepak itu dilembutkan hatinya.

Fitria Elfina Maharip, 43, berkata, sehingga kini dia masih tiada sebarang akses untuk bertemu dengan anaknya selain Safee tidak memberi sebarang respon setiap kali menghantar mesej.

Tambah Fitria, usaha untuk bertemu dengan kedua-dua anaknya juga menemui jalan buntu apabila Shanika dan Shania tidak menghadirkan diri ke sekolah.

"Sampai sekarang saya mesej dan telefon Safee tanya keadaan anak-anak, dia tidak respon.

"Cuma ada sekali ketika dia bawa anak pergi klinik gigi. Mereka juga anak-anak saya. Saya ibu kandung mereka," katanya kepada mStar.

Menjawab tuduhan netizen mengatakan apa berlaku pada rumah tangganya adalah kifarah, Fitria menganggap orang luar tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku sebelum dia berkahwin dengan Safee.

Kata Fitria, dia juga tidak kisah apa diperkatakan orang ramai mengenainya dan menganggap ia sebagai ladang pahala buatnya.

"Tidak mengapa saya ada Allah... Mereka (netizen) tak tahu apa yang mereka cakapkan," katanya.

Mendedahkan perkara sebenar, Fitria mendakwa Safee bercerai dengan bekas isteri pertamanya sebelum ini selepas dia berlaku curang dengan wanita lain dan bukan dirinya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi