suria

Besar pengorbanan isteri OKU, sikit pun tak mengeluh jaga suami lumpuh... Syukur dapat rai Aidilfitri berdua

KEKURANGAN diri bukanlah penghalang wanita bernama Norazlina Zakaria mengurus dan menjaga suami yang terlantar sakit sejak 10 tahun lalu.

Meskipun dia juga merupakan orang kurang upaya (OKU), Norazlina berkata kesulitan dilalui olehnya dan suami iaitu Nazri membuatkan mereka menjadi lebih kuat dan bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah.

“Pertama kali waktu lihat wajah suami saya nampak harapan untuk terus hidup macam orang lain walaupun dia tak cakap, macam sekarang suami lebih sensitif dan saya kena kuat walaupun saya sendiri pun kurang sihat sebenarnya.

“Alhamdulilah saya dapat bantuan dan paling terkejut adalah jiran kerana mereka bantu untuk betulkan paip air dan bayarkan bil air yang tinggi sebab kerosakan paip bocor, tak sangka ramai yang bantu kami syukur sangat masih ada yang prihatin terhadap kami,” katanya kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek kali ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi pasangan ini di Rumah Harapan Aafiyah di Sungai Buloh, Selangor bagi bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan sempena Aidilfitri.

KPJ diwakili Doktor Nik Fawaz Nik Abdul Aziz meluahkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama turun padang membantu pasangan ini serta dapat memberikan sedikit kecerian buat mereka khususnya di hari raya Aidilfitri ini.

Untuk rekod, program mStar Baek diterbitkan untuk siaran di semua platform video dan media sosial mStar dan bersiaran pada setiap Khamis bermula 5 Oktober lalu yang menyaksikan Allahyarham Jaafar Onn sebagai selebriti dan artis pertama yang menerima kunjungan.

Peserta terpilih turut menerima wang tunai RM3,000 untuk perbelanjaan harian, kad perubatan untuk kegunaan 12 kali rawatan serta kelengkapan alat bantuan perubatan.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi