suria

Pintu bilik diketuk, dengar suara orang menjerit... Pemburu hantu seram kena ganggu di hotel penginapan

PERKONGSIAN video seorang individu berdepan situasi menyeramkan sewaktu menginap di sebuah hotel di pusat peranginan terkenal menarik perhatian netizen di media sosial.

Berkongsi detik seram itu, individu dikenali sebagai Shariful Zamri atau Epul berkata, dia tidak menyangka akan diganggu makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di sana.

“Video yang saya kongsikan itu bukan rekaan tapi realiti berdasarkan pengalaman yang saya alami sendiri, tak tahu pula hotel tu berhantu pula sebab niat saya memang menginap satu malam je.

“Selidik dulu kalau boleh sebelum nak menginap takut latar belakang hotel tersebut berhantu, risau kena gangguan pula nanti.

“Saya kena ganggu jam 4 pagi, pintu bilik kena ketuk dan selepas buka pintu namun tiada orang di luarnya, kemudian dengar suara perempuan mengilai membuatkan saya hairan mana datangnya suara itu,” kata Epul kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi