suria

Gementar jadi pelakon filem, 3 bulan Aya Amiruddin tak makan... Belum fikir pengganti selepas putus cinta

SELEPAS gagal dalam percintaannya sebelum ini, pelakon dan pelawak Aya Amiruddin memberitahu dia kini tidak lagi memberi keutamaan terhadap perhubungan, sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada karier lakonan.

Aya atau Fidya Natasha Amiruddin berkata dia tidak trauma dengan apa yang berlaku, sebaliknya kegagalan itu memberikan banyak pengajaran kepadanya mengenai erti hidup.

“Sekarang ni status saya masih single dan siapa nak mencuba nasib tu boleh mesej saya, kita kawan-kawan dulu okay.

“Mengenai jodoh ni saya memang tak tahu dan serahkan semuanya kepada tuhan, kalau ada yang nak cuba tu mungkin belum buat masa ini.

“Saya baru saja lepas putus cinta jadi nak fikir untuk mulakan hubungan baru ni agak penat,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Aya bakal muncul di pawagam menerusi filem Pontianak 200kg arahan Shuhaimi Lua yang bakal menemui penonton pada 5 September ini.

Kata Aya, dia terlalu gementar menanti maklum balas penonton sehinggakan tak makan hampir tiga bulan.

TONTON VIDEO DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi