ISTIMEWA #Bizibody kali ini mStar terjah pelakon Ikmal Amry yang sedang melakukan latihan seni mempertahankan diri (martial art) di Elitez, Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Macam-macam Ikmal Amry kongsikan antaranya mengenai rutin yang dilakukan untuk mendapatkan bentuk badan idaman.
Malah, aktor itu juga mendedahkan dia sanggup mengeluarkan belanja sebanyak RM3,000 sebulan hanya semata-mata untuk makanan diet.
Selain itu, Ikmal juga turut berkongsi mengenai teknik senaman seperti push up, boxing dan penggunaan punching bag.
TONTON VIDEO BIZIBODY YANG DISEDIAKAN MSTAR INI