suria

Scha Elinnea pernah digoda pelakon lelaki, enggan terpalit cinta lokasi

PELAKON Scha Elinnea mendedahkan pernah digoda beberapa aktor lelaki yang cuba mendekatinya ketika berada di set penggambaran.

Bagaimanapun Scha atau Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, enggan terpalit dengan sebarang kontroversi termasuk terjerebak dengan cinta lokasi.

"Pernah sahaja didekati artis lelaki di set penggambaran tapi saya profesional dalam kerja.

"Biasanya saya akan cakap sahaja saya tidak selesa dengan cara dia dan beritahu kita kena fokus pada kerja.

"Jangan terjebak dengan hal percintaan atau peribadi dalam kerja. Kalau boleh saya nak elak isu cinta lokasi dan mahu naikkan nama dalam industri seni," katanya kepada mStar.

Ditanya sama ada aktor cuba mendekatinya berstatus bujang atau sudah berkeluarga, Scha bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

Sebaliknya kata Scha, status seorang lelaki itu bukan penentu terhadap sikap yang ditunjukkan.

"Orang kalau sudah gatal, tak kisah status atau umur! Kalau sudah namanya memang gatal!," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi