suria

Aisar Khaled nak bantu rakyat Indonesia, minta Ammar Nazhan fikir dulu sebelum buat ‘content’

KECOH di media sosial mengenai seorang pempengaruh menipu orang ramai dengan memalsukan kehilangannya sahabatnya semasa melakukan aktiviti paranormal di Makam Keramat Hutan Bambu Bandung, Indonesia.

Sebagai salah seorang personaliti media sosial dan juga pencipta kandungan yang sudah mencipta nama di negara seberang, Aisar Khaled turut mengulas mengenai perkara tersebut.

Meskipun sudah menjadi kebiasaan bagi pencipta kandungan membuat sesuatu untuk meraih perhatian, namun Aisar berpendapat ia haruslah dilakukan secara berpada-pada.

“Seorang pencipta kandungan ni mereka mahukan perhatian untuk naikkan penonton mereka. Mereka ini bukan tidak bagus, tetapi disebabkan buntu daripada segi idea dan tiada orang mahu bagi nasihat yang baik.

“Nasihat saya, kalau ‘content’ itu tidak betul, cuba perbaiki balik. Fikir dahulu dan pastikan apa yang kita buat itu beri nasihat dan pengajaran kepada penonton,” katanya kepada mStar.

Aisar memaklumkan perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran koleksi raya Elrah Exclusive pada Khamis.

Mengulas mengenai perlantikannya sebagai duta, Aisar meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melebarkan sayap jenama tersebut ke Indonesia.

“Saya bersyukur menjadi duta Elrah. Terima kasih kerana sudah mempercayai saya. Ia satu bebaban dan saya cuba yang terbaik untuk meluaskan jenama di di pasaran Indonesia.

"Sebahagian bayaran yang dapat daripada menjadi duta ini saya akan agihkan dan bantu kepada mereka yang lebih memerlukan di luar sana,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi