suria

Aina Abdul seronok Ernie Zakri menang vokal terbaik, sayangnya peminat pula melaga-lagakan

MESKIPUN tidak dapat mempertahankan trofi vokal terbaik yang dimenangi selama empat tahun berturut-turut, penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa gembira apabila Ernie Zakri akhirnya berjaya memenangi kategori tersebut untuk edisi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, pemilik lagu Aura itu merupakan seorang penyanyi yang bagus dan layak untuk memenangi trofi tersebut.

“Sebenarnya saya sangat gembira apabila Ernie dapat anugerah itu. Kami berdua sempat berborak dan menangis di atas pentas sebab bagi saya, sudah tiba masanya untuk Ernie menang.

“Dia penyanyi yang bagus namun sayangnya peminat kami sentiasa lagakan kami. Ernie juga ada kebolehan yang saya tidak boleh buat,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama Aina turut meluahkan rasa syukur kerana tidak pulang dengan tangan kosong, malah menerima anugerah persembahan terbaik untuk AJL39.

“Saya bersyukur dengan segala anugerah yang Allah bagi. Saya tidak boleh tamak, ini maksudnya saya kena kerja keras lagi selepas ini.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa yang saya idamkan untuk lagu ini. Kadang-kadang rasa kasihan dengan lagu ini sebab sebenarnya ada beberapa lagu yang saya tulis tidak sesuai untuk dipertandingkan dan Puas Sudah adalah antaranya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi