suria

Tiada lagi Shiera di Suria Petang, Chiwan dan Kai Hassan menangis ‘hilang’ seorang kakak

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM iaitu Chiwan Chilok mengakui pengunduran rakan sekerjanya iaitu Sharifah Shahirah atau Shiera memberikan kesan cukup mendalam buat dirinya.

Terkejut dengan berita tersebut, Chiwan atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Sabri, 35, berkata dia tidak dapat menahan sebak menerima berita mengejutkan itu.

“Saya waktu dapat tahu berita tu macam nak luruh hati, semalam ada panggil untuk masuk mesyuarat dan pihak pengurusan beritahu Kak Rara (panggilan Shiera) berhenti terus saya menangis sebab sebak.

“Kak Rara ni macam seorang ibu dan kakak buat saya sebab mak sudah tiada jadi Kak Rara memang ambil berat pada kami semua... satu kehilangan sangat besar buat kami.

“Bukan senang untuk kami bina nama ‘Cikara’ tapi bila hilang Kak Rara jadi saya rasa agak tak okay sebab saya sayang sangat pada Kak Rara, buat masa ini memang agak down tapi sebagai penyampai kena professional dan terus lakukan kerja,” kata Chiwan kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi