suria

[V] Tak risau benda belum jadi, Uqasha Senrose minta bukti ke mahkamah syariah

PELAKON Uqasha Senrose meminta bukti dia pernah hadir ke sebuah mahkamah syariah dipercayai berkaitan dengan hal rumah tangganya dengan aktor Kamal Adli.

Menafikan perkara itu, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, sebaliknya menegaskan hubungan mereka dalam keadaan baik.

"Saya ke mahkamah mestilah ada nama saya di sana... Kalau cerita sampai mahkamah, berilah bukti! Mahkamah mana?

NP - 2025-02-13T180442.694

Uqasha meminta bukti jika benar dia dan Kamal pergi ke Mahkamah Syariah.

"Saya nafikan dakwaan tersebut sebab selagi boleh kami akan menjaga rumah tangga ini dengan baik," katanya kepada mStar.

Uqasha menjelaskan perkara itu ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Uqasha lebih senang tidak mengambil pusing dengan gosip bertebaran mengenai rumah tangga mereka berdua.

Baginya tiada apa perlu dibimbangkan kerana berita yang tersebar adalah tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli hanya gelak dakwaan hubungan dengan isteri retak, kasihan Uqasha Senrose sering jadi mangsa fitnah

"Saya tak rasa apa-apa pun. Apa yang diperkatakan adalah tiada asas. Selagi benda belum jadi, tiada apa perlu dirisaukan.

"Saya pun tak fikir nak ambil tindakan terhadap orang yang bercakap. Mulut orang kita tak boleh nak tutup," jelasnya.

Tegasnya lagi, tiada sebarang keperluan buat dia atau Kamal untuk berkongsi kisah peribadi kepada khalayak demi menutup cerita tidak elok mengenai mereka.

Ini kerana sebagai pasangan suami isteri, pasang surut dalam hubung adalah perkara biasa.

NP - 2025-02-13T180454.747

Hubungan Kamal dan Uqasha masih baik seperti biasa.

"Dalam rumah tangga ini tak semuanya indah belaka. Takkan saya nak ceritakan hal dalam kain?

"Perlu ke saya kongsi gambar untuk tunjuk masih bersama Kamal? Saya tak perlu buat semua itu untuk puaskan hati semua orang," jelasnya.

Untuk rekod, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain