SUSULAN kontroversi tidak membayar pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelakon Rozita Che Wan mengakui isu itu memberi kesan terhadap karier seninya.
Rozita atau mesra disapa Che Ta, 52, berkata, beberapa jenama juga turut membatalkan kerjasama mereka walaupun sudah memberi persetujuan.
“Di saat isu yang tengah panas, banyak jenama yang telah setuju tetapi berlalu pergi,” katanya kepada mStar.
Rozita berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pertunjukan fesyen jenama Ariani.
Rozita berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Rozita meluahkan rasa syukur apabila jenama tersebut memberi kepercayaan untuk menjalin kerjasama walaupun namanya terpalit kontroversi.
“Ariani beri saya peluang untuk berada di sini. Saya bersyukur dan bertuah.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara ‘pergi’ ketika sedang tidur, Rozita Che Wan sedih dapat berita pemergian arwah
ARTIKEL BERKAITAN: [V] RTM pilih Rozita Che Wan bukan sebab kontroversi, berhak dapat peluang kedua
“Antara ramai selebriti saya yang dipilih. Harap kolaborasi ini dapat memberi impak,” ujarnya.
Rozita tampil bersama jenama Ariani memperagakan koleksi Ariani Luxe 2025.
Sebelum ini, nama Rozita atau mesra disapa Che Ta panas apabila dia dilaporkan gagal membayar hutang hampir RM1 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Rozita bersyukur Ariani beri peluang untuk berkolaborasi.
Susulan kegagalan membayar hutang, banglo Rozita di Petaling Jaya, Selangor diserbu pihak Mara pada 10 Disember tahun lalu.
Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barang-barang dalam banglo terbabit bagi tujuan penyitaan.
Bagaimanapun pelaksanaan penghakiman terhadap pelakon itu ditangguhkan selepas dia membuat sebahagian pembayaran hutang Mara sebanyak RM550,000.
Manakala bakinya perlu diselesaikan dalam tempoh tiga bulan iaitu sebelum penghujung Mac 2025.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!