suria

Puteri Sarah mahu hidup tenang, anggap sudah ‘tua’ nak layan sakit hati

Memikirkan sudah meningkat usia, Sarah tidak mahu lagi hidup dalam kontroversi.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, umum mengetahui kehidupan peribadi pelakon Puteri Sarah Liyana dilanda pelbagai kontroversi.

Sudah melepasi fasa 'ribut' dalam kehidupannya, Sarah, 40, memberitahu tiba masanya dia mengutamakan ketenangan hidup dan tidak lagi terperangkap dalam perkara yang tidak membawa sebarang kebaikan.

Kata Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, mengungkapkan hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan perasaan sakit hati dan gosip yang tiada kesudahan.

Untitled design (5)

Sarah mahu jalani hidup aman damai bersama kedua-dua anaknya.

"Kita sudah terlalu tua untuk mempermasalahkan sakit hati dan gosip sana sini," katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Sarah menekankan pentingnya fokus kepada kedamaian dan ketenangan jiwa seiring dengan usia yang semakin matang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak-anak bahagia tanpa keluarga sempurna, Puteri Sarah ada terfikir kembali berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah dakwa ada pihak sebar fitnah cuba porak-peranda keluarga... Ibu Syamsul titip doa supaya kuat

Malah dia lebih memilih untuk terus belajar serta mengejar hidup yang lebih bermakna dan bebas daripada perkara-perkara tidak penting.

"Kita hanya perlu rezeki yang terus mengalir, fikiran yang tenang, sifat yang matang dan terus mempelajari banyak perkara," ujarnya.

Untuk rekod, Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Syamsul Yusof pada 2014 namun mereka sah bercerai pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah yang kini berusia 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain