suria

Jarang Neelofa ungkap kata-kata romantis, luah perasaan terhadap suami di IG

Neelofa kongsi ucapan buat suami tercinta.

SESEKALI berkongsi ucapan romantis, pengacara dan usahawan Neelofa meluahkan penghargaan buat suami tercinta secara terbuka di media sosial.

Neelofa, 36, menyifatkan suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Harris Ismail bukan sahaja berbakti untuk keluarga malah banyak berkorban dalam memperjuangkan agama Islam.

"Saya mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas kerja keras, pengorbanan dan usaha tanpa henti awak.

neelofa 2

Neelofa ucap penghargaan atas pengorbanan suami.

"Bukan hanya untuk saya dan anak-anak, malah awak agama dan ummah.

"Saya hargai segala komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam perkahwinan, anak-anak dan perjalanan dalam memahami agama," ujarnya.

Neelofa menulis luahan tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya berserta gambar dia bersama Harris.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa kongsi doa dapat jodoh... Ringkas saja tapi kena konsisten!

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa tukar waktu tidur menjelang Ramadan, buat ‘meal prep’ elak habis banyak masa di dapur

Tambahnya biarpun tanpa kata-kata tersebut dia percaya suaminya itu akan tetap melakukan yang terbaik dalam menjaga keluarga mereka.

Malah dia turut menitip doa buat Harris agar sentiasa hidup penuh keberkatan selain dilimpah rezeki.

"Tanpa kata-kata ini, awak akan terus lakukan segalanya untuk kami.

neelofa 3

Neelofa dan Harris bersama dua anak mereka.

"Saya mahu katakan semoga Allah memberkati hidup awal, diberi ketenangan dan rezeki yang cukup serta penuh keberkatan," ujarnya.

Hantaran tersebut mencuri tumpuan ramai kerana dianggap satu ucapan istimewa Neelofa terhadap suaminya.

Untuk rekod, Neelofa dan Harris, 30, mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain