PELAKON Zahiril Adzim berkongsi pengalaman bekerja dengan sebuah syarikat produksi yang berdepan masalah kewangan kira-kira lima tahun lalu.
Gara-gara isu berkenaan, Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 41, memberitahu pekerja dan pelakon drama hanya dihidangkan dengan lauk ikan sardin seharian.
“Satu hari saya ke set penggambaran makan pagi disediakan roti dengan ikan sardin, kemudian tengah hari nasi dengan lauk sama.
Zahiril antara pelakon bagi drama bersiri Alibi.
“Minum petang pun makan ikan sardin, saya terpaksa bertanya sebab kasihan terhadap pekerja-pekerja belakang tabir yang buat kerja berat.
“Lepas saya bersuara untuk semua itu, rupanya mereka kata duit tak sampai ke set penggambaran,” katanya kepada mStar.
Tambah Zahiril lagi, sehingga kini drama berkenaan masih belum ditayangkan dan dia tidak mengetahui punca disebalik perkara tersebut.
Bukan itu sahaja, Zahiril berkata dia juga menerima bayaran agak lambat daripada kebiasaannya sehingga membuatkan dia lebih berhati-hati sebelum menandatangani sebarang kontrak agar tidak lagi berdepan situasi sama.
ARTIKEL BERKAITAN: Pujian beri tekanan, Zahiril Adzim larang diri kejar anugerah
ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril bekerja keras demi keluarga, Shera Aiyob sudah terbiasa tanpa suami di sisi
“Drama tu tak keluar dan saya tak tahu kenapa.
“Bayaran saya memang dapat tapi itu pun selepas bersuara dan ambil masa yang lama daripada biasa,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Zahiril bakal tampil dengan drama bersiri Alibi terbitan Unifi TV Originals tidak lama lagi.
Selain Zahiril, pelakon lain yang membintangi naskhah berkenaan ialah Hisyam Hamid, Nabila Huda, Nadia Aqilah dan Firdaus Ghufran.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!