suria

Pelik lagu main sana-sini tapi Jeffrydin masih belum terima bayaran royalti

PENYANYI Datuk Jeffrydin mendedahkan sudah lama dia tidak menerima sebarang pembayaran untuk royalti lagunya.

Kesal dengan perkara itu, Jeffrydin atau Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman, memberitahu dia dan isteri sudah melakukan pelbagai usaha bagi mendapatkan hak royalti berkenaan.

Meskipun sudah menghubungi pihak berkenaan, namun sehingga kini usaha itu masih belum menemui jalan penyelesaian.

“Saya sudah tidak tahu berapa lama saya tidak dapat duit royalti tu, hanya diberitahu beberapa ratus saja kemudian untuk lagu lain memang saya tak tahu.

“Mereka kutip hasil duit royalti lagu saya daripada radio, televisyen, pusat karaoke tapi berapa jumlah hasil kutipan tu?... memang saya tak tahu jumlahnya malah isteri saya ada hubungi dan tanya tapi senyap saja.

“Kenapa artis lain boleh dapat sampai ribu-ribu sedangkan lagu saya pun masih lagi orang putarkan dan mainkan, kecewa sikit la lagi-lagi nak puasa ni kan jadi harap dapat diselesaikan secepat mungkin,” kata Jefryddin kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi