KUMPULAN Marionexxes menyangkal dakwaan sengaja memperlekeh pasukan bola sepak kebangsaan menerusi lagu Harimau Malaya.
Vokalisnya iaitu Abdul Wahid, 40, sebaliknya menjelaskan lirik lagu tersebut langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak seperti didakwa segelintir pihak.
"Kami dapat idea menghasilkan lagu ini daripada sejarah Force 136 ketika perang dunia kedua sekitar 1940-an.
"Penghasilan lagu itu bukannya untuk pasukan bola sepak, ramai salah anggap sebab saya ada sebut 'Harimau Malaya' sedangkan itu merujuk kepada tentera zaman dahulu," katanya kepada mStar.
Sementara itu, Wahid tidak berkecil hati walaupun ramai mengecam mereka kerana kebanyakan pendengar tidak mengetahui cerita sebenar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI