PELAKON dan penyanyi Izzrin Irfan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada netizen yang terkesan dengan kes penipuan kehilangan individu dikenali sebagai Eyka di Bandung, Indonesia.
Mengakui kesilapan diri, Izzrin berkata keputusan melakukan gimik itu dibuat tanpa persetujuannya termasuklah ahli pasukan lain.
Namun, dia memilih untuk membuat permohonan maaf kerana tidak mahu rasa bersalah terhadap pengikutnya.
“Kesilapan diri sendiri juga sebab tak sangka boleh pergi sejauh itu, saya sangka orang akan percaya yang kami buat ini hanya rekaan semata-mata tapi sebaliknya ramai yang percaya Eyka hilang betul-betul.
“Saya tampil nak buat permohonan maaf sebab saya rasa bersalah dan tak patut buat macam ni dekat pengikut dan netizen semua sebab ada yang mendoakan supaya Eyka jumpa balik.
“Sebenarnya saya sudah ajak mereka (Ammar Nazhan dan ahli lain) untuk sama-sama buat permohonan maaf dan dedahkan ini adalah gimik tapi mereka tetap dengan pendirian jadi terpaksa la saya seorang saja yang buat ini kerana tak mahu keruhkan keadaan,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI