TIDAK mudah menjadi ‘content creator’, pasangan kembar Amin dan Abid memberitahu mereka mengambil masa lebih daripada sebulan untuk menghasilkan satu video berdurasi seminit.
Bukan sahaja mengambil masa yang lama, mereka juga terpaksa mengorbankan tenaga dan juga wang ringgit bagi memastikan konten yang dibuat memberikan kualiti kepada penonton.
“Nak buat konten ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi, tetapi ia memerlukan tenaga dan juga masa. Untuk hasilkan konten satu minit, kami memerlukan masa sebulan hingga enam bulan.
“Untuk duit pula, kami menggunakan simpanan yang ada. Barulah kami boleh buat konten yang memerlukan kos. Contohnya macam ruangan mengopi itu, kami guna kos sebanyak RM5,000 dan nak siapkannya ambil masa dua bulan,” kata mereka.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI