suria

Penganjur ‘Havoc Festival’ rugi RM120,000, minta maaf kepada penduduk janji tak masuk Setapak lagi

KETUA pegawai eksekutif Havoc Festival, Datuk Firdaus Nadxaman terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM120,000 akibat pembatalan acara festival makanan yang berlangsung di Sama Square Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Tampil mengulas mengenai isu berkenaan, Firdaus, 36, akur arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menerima aduan penduduk setempat berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku kerana penganjuran berkenaan.

“Saya mengalami kerugian sangat besar bernilai RM120,000 anggaran kos kasar untuk kembalikan wang sewaan kepada peniaga, malah bila berlaku kejadian diluar jangkaan maka terpaksa tambah bayaran sembunyi untuk bayar Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan katering.

“Aduan memang banyak diterima daripada pejabat YB Parlimen Setiawangsa, jadi YB bertindak mengikut aduan penduduk, kami faham dan akur dengan arahan pihak DBKL,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi