suria

Berniaga tayang badan lagi laris tapi Durian Papa Muda dah insaf... Tiada lagi marketing kontroversi

GERAI Durian Papa Muda kini mengambil langkah berhati-hati untuk mempromosikan jualan mereka setelah dikecam teruk kerana video tular membuka baju ketika jualan durian sebelum ini.

Pengasas iaitu Muhammad Al Irfan berkata mereka memilih untuk melakukan marketing yang sama selepas mengambil kira pelbagai faktor dan mahu mengelakkan sebarang kontroversi.

“Kita sekarang ini banyak buat video yang lebih terkawal. Kita ambil kecaman sebelum ini sebagai motivasi dan kita mahu bagi yang terbaik supaya semua orang puas hati. Apa yang boleh elak, kita elakkan. Tiada lagi ‘marketing’ buka baju. Kita rasa insaf jugalah sebenarnya.

“Sebenarnya selepas kita buat konten buka baju sebelum ini, memang dapat sambutan luar biasa. Dan jumlah jualan pun cecah ratusan ribu. Tetapi kali ini kami lebih santai kerana musim kecil sahaja,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai perancangan untuk tahun hadapan, Irfan memberi jaminan yang mereka hanya mahu memberikan servis terbaik bagi memastikan semua pelanggan berpuas hati dengan perniagaan mereka.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi