suria

Tenang tidur sebelah kubur ibu, rider menitis air mata kenang arwah... Setiap hari ziarah pusara ubat kerinduan

INDIVIDU dikenali sebagai Azim yang merupakan seorang penghantar menjadi bualan netizen selepas tular video dia berbaring di sebelah pusara ibunya.

Menurut Azim atau nama sebenarnya Abdul Azim Hasmandi, 28, dia mengambil peluang tidur di sebelah kubur arwah kerana mahu mengubat kerinduan selepas pemergian ibu tercinta sejak Jun lalu.

“Saya pergi ke kubur tu walaupun ibu tiada depan mata tapi dapat pegang kubur tu rasa muka serta kakinya malah bila lelap sekejap jadi rasa sangat tenang.

“ Memang saya akan tetap pergi setiap hari tanpa henti untuk ziarah pusara arwah ibu untuk cari ketenangan diri, itu saja cara untuk rasa dekat dengan arwah ibu,” kata Azim kepada mStar.

Azim mengakui setiap hari dia menziarahi pusara ibunya di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bandar Baru Bangi, Selangor sejak bulan Jun lalu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi