suria

Rezeki adik Arman, ramai nak bantu selepas viral kisah kasut ‘fake’... Ibu tak boleh tolak hadiah dah pos

TULAR di media sosial apabila seorang kanak-kanak memuat naik video menunjukan kasut fake pemberian ibunya di aplikasi Tiktok.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu Puspa Diyana, 40, berkata dia membeli kasut berkenaan kerana permintaan anaknya dan ingin menjadikan kasut itu sebagai hadiah hari jadi.

“Dia cakap, mak! Arman minat sangat dengan design kasut Alphafly tu tapi kalau original mahal, mak carilah yang fake ke atau seakan-akan kasut tu.

“Dia buat konten dengan kasut tu lepas itu dia dikecam oleh rakan-rakan sebaya dia, orang dewasa pun ada juga yang kecam,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, dia tidak menyangka ramai pihak yang ingin membantu anaknya sehinggakan dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

“Memang masa tu bertalu-talu mesej, saya nak cakapkan terima kasih, kalau untuk dia saja dia dah ada 10 pasang kasut dan itu pun masih ada yang ingin mengirimkan kepada kami, saya cuba juga tolak tawaran itu,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi