suria

Dua beradik dah menang memanah berkuda, tapi masih belum ada pihak mahu ‘sponsor’... Gigih cari dana sendiri

MESKIPUN berdepan kekangan dana dan wang ringgit, namun itu sama sekali tidak menghalang dua beradik iaitu Abdurrahman, 14 dan Heba, 11, untuk memenangi kejuaraan memanah berkuda di Perancis.

Berkongsi mengenai itu, bapanya iaitu Ahmad Muaz Mohd Nawawi berkata dia enggan hanya bergantung tajaan semata-mata.

“Kita tak mahu mereka bergantung kepada sponsor dan ibu bapa semata-mata, kami ingin mereka bersikap mandiri.

“Dalam konteks kewangan masih belum ada mana-mana sponsor secara terus... minta (tajaan) itu ada tetapi dari ahli keluarga yang terdekat saja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada masa yang sama, Muaz berkata dia mahu Abdurrahman dan Heba melalui pengalaman yang serba kekurangan supaya mampu melatih mental mereka untuk lebih kuat.

“Memang susah tetapi kami ingin anak-anak kami melalui pengalaman itu, kami nak anak dilatih dengan kesusahan itu baru Insya-Allah mereka akan jadi juara dunia sesungguhnya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi